March 28 2018
Inti wantan
-1 keping dada ayam dicincang@kisar halus
-2 batang carrot 🥕 sederhana diparut
-daun sup & daun bawang
-crunchy garlic ( diambil dari hasil gorengan minyak bawang putih)
-garam sedikit
-1 sb tepung jagung
-beberapa titis minyak bijan
-lada sulah secukup rasa
-1 biji telur
**gaul rata kesemua bahan
Cara buat WANTAN
-sediakan beberapa kulit wantan segera (beli di pasaraya)
-isikan inti wantan ke dlm kulit wantan,sapukan air keliling kulit wantan.
-lekatkan macam bentuk popia,bunjut atau segitiga ( temukan hujung kulit wantan seperti yang kita mahu menutupi inti dan lekatkan)
-ok siap boleh goreng atau masukkan dalam sup nanti
SUP WANTAN
-Ayam bahagian dada dipotong kecil
-2inci halia hiris
-batang daun bawang
-minyak bawang putih
-garam secukupnya
-daun sup n daun bawang
**Buat stok ayam dulu, sudah perasakan masukkan isi wantan dan sayuran ( pak choy @ brokoli @ bunga kubis)
MEE KICAP
-4 keping wantan mee (beli dekat Sri Ternak)
*Basuh dahulu mee dengan air paip dan celurkan dalam air yang mendidih, toskan mee apabila nampak sedikit lembut dari asal,jangan lembut sangat ya😊)
-2sb kicap pekat
-4sb minyak bawang putih
-2sb kicap manis@lemak manis@masin
-2sb sos kicap manis adabi
-1sb minyak bijan
-2sb sos tiram sayuran
**gaulkan kesemua kicap dengan mee wantan yang telah di tos tadi. siap😇
Silakan share,Ayu dapat resepi dari FB juga siapa nama empunya resepi tak ingat plus alter ikut selera sendiri☺️
Selamat mencuba😍
Kredit : nurul maslizatul ayu