March 29 2018
Bahan - Bahan:
4 keping daging kambing
1/2 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (lina pg gn kicap mee)
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano
Sedikit olive oil
Cara-cara:
Bersih daging kambing dan toskan (Sila Klik Petua Hilangkan Hamis kambing)
Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(Lina pg guna meat Tenderlizer yg cam hammer tu)
Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba)
Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging...memang best
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
Daging kambing yg telah dibersihkan.Tips tengok SINI .Diperisakan ngan kiub ayam/daging.Guna setengah kiub saja untuk 4-5pcs kepingan daging kambing..
Pastu diikuti ngan herba omputih ni seperti, rosemery, oregano, tyme..lada hitam dan juga lada putih.Kalau tadak herba omputih memadai ngan lada hitam kasar ajer.Pastu lumur lak ngan kicap mee dan juga sos tiram..Kalau tadak kicap mee guna jer kicap manis.Ok jugak
Last sekali baru lumurkan ngan bahan tumbuk..bawang n halia..Kena ikut step ni tau...barulah lamb tu meresap dan sedap..Kemudian perapkan selama sejam.Lagi lama lagi sedap.Kalau byk masa sy akan perap semalaman..
kemudian bolehlah di grill.Pastikan grill pan dah benar2 panas (Sampai berasap2 yeaa) barulah diletak kepingan daging kambing.
Grill hingga masak, ikut tekak korang la nk medium rare ke medium or well done yea..
Kredit : lina pg