750 grammes
All our cooking blogs Edit post Follow this blog Administration + Create my blog
kongsi-resepi.over-blog.com

JOM KONGSI-KONGSI RESEPI

RESEPI TAUHU BEGEDIL

Bahan-bahan :
Kentang 1 1/2kg direbus sampai empuk dan ditumbuk.
Isi ayam/daging cincang semangkuk (tumis).
3 biji cili besar dadu (tumis).
Sebiji kecil carrot dadu (tumis).
Cendawan butang dadu 1/2 tin (tumis).
Bawang goreng (bawang besar dihiris, gaul dengan tepung gandum dan goreng sampai garing). *kalau mahu senang, boleh beli bawang goreng yang sudah siap.
Daun bawang/daun sup.
Lada sulah/lada hitam.
Tepung gandum 2 sudu.
Garam.
Tauhu kering 2 paket besar.
Telur.
Cara-cara :
1. Gaulkan semua bahan kecuali tauhu kering.
2. Gunting 4 bahagian atas tauhu kering.
3. Keluarkan isi dalam tauhu. Gaulkan dengan bahan isi tadi.
4. Kemudian sumbat balik dalam tauhu.
5. Celup ke dalam telur + sedikit garam + sedikit tepung.
6. Kemudian goreng dalam minyak yang panas dan banyak hingga tauhu separuh tenggelam. Guna api sederhana. Siap.

Resepi Sos
4 sudu cili kering.
Secawan air.
Gula melaka se-inchi yang bulat.
Sos tiram sesudu.
Kicap manis 5 sudu.
Garam.
Gula.
Tepung gandum, bancuh dengan air. Hingga jadi air tepung.
Kalau mahu pedas, boleh tambah cili padi.
Cara-cara :
1. Tumis cili kering sampai pecah minyak.
2. Masukkan semua bahan kecuali air tepung.
3. Bila sudah mendidih baru masukkan air tepung.
4. Rasa sos ikut selera masing-masing mahu pedas atau manis.

Kredit : Rohsida Abu Bakar

http://T.me/kongsimasakan

Share this post
Repost0
To be informed of the latest articles, subscribe:
Comment on this post