750 grammes
All our cooking blogs Edit post Follow this blog Administration + Create my blog
kongsi-resepi.over-blog.com

JOM KONGSI-KONGSI RESEPI

RESEPI PUCUK LABU MASAK LEMAK

Bahan

1 ikat pucuk labu (ambil pucuk shj, kerana daunnya liat)
1/2 biji labu masak (potong dadu)
1 cawan santan

Bahan tumbuk
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 jemput ikan bilis
3 biji cili padi
1 sudu kecil lada hitam

Cara masak:
Tumis bahan tumbuk dgn sedikit minyak (jika suka). Saya lebih suka tanpa menumis, rebus bahan tumbuk dengan 2 cawan air. Masukkan labu hingga empuk, barulah masukkan 1/2 cawan santan dan garam. Setelah didih masukkan pucuk labu dan lebihan santan. Tambah air, dan adjust kepekatan ikut citarasa. Saya suka yg cair-cair sikit. Didihkan jangan sampai layu. Hidangkan dengan sambal belacan/sambal tumis dan ikan goreng/masin.

Selamat memasak 

Kredit : Resepi Dapur Bonda

Share this post
Repost0
To be informed of the latest articles, subscribe:
Comment on this post