750 grammes
All our cooking blogs Edit post Follow this blog Administration + Create my blog
kongsi-resepi.over-blog.com

JOM KONGSI-KONGSI RESEPI

RESEPI NASI GANJA A.K.A NASI VANGGEY

 

Nasi ganja a.k.a nasi vanggey ni famous di ipoh perak...

1.NASI GANJA
2. AYAM GORENG BEREMPAH
3. KUAH KARI MAMAK
4. AYAM TANDOORI ( Panggang) 
5. DALCA DAGING@AYAM@KAMBING 
6. GULAI SEAFOOD
7. ACAR 

1. NASI GANJA ( 6 org)
4 cawan beras ( disyorkan beras BASMATHI)
6 cawan air ( atau ikut je sukatan beras anda seharian)
( kalau beras basmati- 3 cawan=4 1/2 cawan air)
Bawang putih 4 ulas*
Bawang merah 8 ulas*
3 Kulit kayu manis*
3 Bunga lawang*
5 Biji pelaga*
3Bunga cengkih*
Rempah sup adabi 1 bungkus kecil*(serbuk)
6-8 titis pewarna kuning telor( bubuh sampai jadi warna nasi mcm saya buat tu)
Bahan2 yang bertanda * -ditumis dgn minyak masak sikit Dan campur minyak sapi sikit agak2 1/4 cawan
(dah siap tumis masukkan air bila dah didih masukkan beras..dan pewarna kuning telor 3 titis.kacau2 pastu masukkan
Cili sos maggi-6 camca besar
Sedikit garam gula Dan ajinomoto( jika suka)
masaklah macam biasa sedap dimakan dengan sambal ayam/daging/ masak merah/masak hitam/dalca
2. AYAM GORENG BEREMPAH
Satu ekor ayam potong 8/12 ketul
2 sudu serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sudu serbuk ketumbar ( jika suka)
1 sudu kecil jintan manis ( jika suka)
sedikit garam dan gula
3 tangkai daun kari dimayang
dikisar dng air
bawang merah 10
bawang putih 6
halia 2 inci
serai 2 btg
campurkan semua bahan kedlm mangkuk besar. pastikan adunan kental dan dapat menyalut isi isi ayam dengan sempurna.
dikacau.dah sebati rempah tu semua masukkan ayam. perap sekurang kurangnya 30 minit.klu lg lama lg bagus sbb lg sedap. pastu boleh lah digoreng dengan api yg kuat-sederhana - perlahan( main api supaya isi ayam didalam dapat masak sekata. klu tk control api dng baik nanti rempah yg diatas ayam tu hangus pula. jadi hati hati.
( jika anda ada oven atau microwave, boleh lah di ' cook' dahulu isi ayam tu selama 12-15 minit . bila dah 'cook'...keluarkan- pastu baru dimasukkan kedlm adunan rempah tadi- perapkan.( bila buat mcm ini baru isi .ayam betul betul masak sempurna dan cantik keadaannya bila digoreng dlm kuali- elak hangus dan tidak masak isi didalam)
3. KUAH KARI MAMAK( kuah taruh atas)
Resepi kari ( kuah mamak)
DiSbbkan kita hanya buat ayam goreng so kita perlukan kuahnya juga . Baru lah sedap. Ada kuah boleh taruh atas.
2 bungkus kecil Rempah kari ayam Allagapas/babas
1 bungkus kecil rempah kari ikan
1 sudu serbuk cili
( dicampur dan gaul dng air 1/2 cawan-pekat)
Di tumbuk-tumis
Bawang merah 5
Bawang putih 4
Halia 1 inci
1-2 kiub ayam
Gula
Garam
Air asam jawa
Air 4 cawan
Minyak 3/4 cawan
Panaskan minyak dlm periuk.bila panas tumis bhn tumisan td. Bila dah harum masukkan rempah yg dibancuh td.
Pastu kacau kacau lah.bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya cepat cepat tambahkan air. Biar mendidih 2 kali.
Pastu masukkan kiub ayam,gula, garam, asam jawa paste 1/2 sudu atau air asam jawa pekat 1 sudu.
Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap.
Dah siap kuah mamak dan boleh taruh atas ayam.
( resepi kuah manak ini hanya perlu dibuat bila anda buat ayam goreng sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari manak lg.
Kari mamak ini juga jika suka abda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan rempah dah masak tadi. Baru masukkan air.
mai kita tengok pulak camana nak buat ayam tandori nasi kandar.sangat mudah.semua bhn dikisar halus dan dilumur pada ayam.perap 2-3 jam. Pastu bakar.
4. ACAR TIMUN( anda boleh guna buah apa saja dan cara buat adalah sama)
Kupas nenas potong kecil kecil nipis,Hiris buang kulit timun dan carrot. potong nipis. masukkan dlm mangkok. pastu potong bawang besar dan cili hidup satu biji nipis nipis....dan masukkan satu sudu besar cuka makan dan 2 sudu besar gula serta sedikit garam dan sedikit air kdlm mangkok. gaul sebatikan semua.....dah siap....sedappppp
Acar ini juga sesuai untuk nasi tomato dan nasi arab
5. AYAM TANDOOOOORI
1 ekor ayam – belah 4@8
Rempah ratusnya:
1 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil garam
2 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk cili
1 sudu lada hitam( biji)
1 sudu serbuk lada sulah
2 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
2 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk kulit kayu manis
10 biji buah pelaga
1/2 cawan susu cair
1 biji buah lemon
6 tangkai daun ketumbar
10 tangkai daun pudina
3 sudu marjerin
2 sudu sos tiram
pewarna merah
1 sudu gula(jika perlu)
1 kiub ayam
( pewarna merah dimasukkan setelah semua bhn dikisar dipindahkan ke bekas perapan).
6. DALCA AYAM /KAMBNG/DAGING/TULANG/EKOR LEMBU
Dalca sedap kalau rempahnya benar benar masak. rempah masak ia berwarqna merah tua dan minyaknya pecah (minyak naik keatas). air tak perlu dimasukkan banyak sebab nanti daging/ayam mengeluarkan airnya sendiri. tu yg power!! kalau kuahnya pekat gerenti sedap. ubi kentang perlu banyak sebab menambahkan perisa dan juga selera kita. kalau sewaktu masak, dalca anda berwarna kuning, jangan panik..sebab nanti bila dah tutup api dalam 10 minit otomatik akan berwarna merah seperti dalam gambar. cubalah....sesuai dimakan dengan nasi tomato. dibawah ini saya bagi resepi dalca dan nasi tomato Dalca daging/ayam
1 ekor ayam/1 kg daging
bahan A
7 bawang merah
4 ulas bawang putih 
halia (dimayang halus)
Bahan B
rempah 4 sekawan iaitu -kulit kayu manis 4 btg bunga lawang 4 kuntum buah pelaga 5 biji lada hitam 10 biji
bahan C 
rempah nya 4 jenis ( iaitu saya guna brand allagappas-sedap! REMPAH 4 jenis itu ialah: 
2 bungkus kecil rempah ayam/daging 1 bungkus kecil rempah ikan 1/2 kecil rempah kurma 1 camca kecil rempah sup 2 camca cili kering mesin ( semuanya dibancuh sekali) minyak biasa 11/2 cawan (untuk tumisan) minyak sapi 2 camca (dimasukkan kedalam kuah bila kari dah masak) masukkan garam gula ajinomoto, secukup rasa anda
sayur- kacang panjang dipotong2 - 1 1/2 inci 4tomato belah 2 ,1carrot dipotong 7 1 terung panjang dipotong 5-6 cabai besar @ cili hijau 5 , ubi kentang 5 biji- setiap satu dipotong 2
caranya- tumis bahan2 semua tu dengan minyak biasa dulu (11/2 cawan) tumis bahan A dah wangi semerbak- tumis B-dah wangi- masukkan bahan c. kacau2. perlahankan api. agak lama sampai pecah minyak dan rempah bertukar ke warna merah.... pastu masukkan ayam/daging dan ubi kentang-agak dah mesra dengan rempah ( dalam 5-7 minit sentiasa kacau2 takut rempah hangit) masukkan santan cair. masukkan kacang panjang, carrot, terung sahaja sebab 3 jenis tu lambat empuk bila dah didih masukkan santan pekat. masukkan gula garam , ajinomoto/secukup rasa. pastu rasa lah apa yg kurang...tambahlah!!! biar ubi kentang dan daging empuk- baru masukkan tomato. dan minyak sapi tadi....agak tomato tu dah layu...tutup api...dan ditudung. dah siap dalca!!!
7. GULAI SEAFOOD
INI DIA RESEPINYA GULAI SEAFOOD YG SAYA MASAK SEMALAM
DAH 15 TAHUN SAYA MEMASAKNYA. ANAK ANAK SEMUA SUKA DIPANGGIL GULAI umi'...TANPA SANTAN
gulai seafood ini adalah rekaan saya yang asli sebab saya suka seafood. saya suka makan gulai macam gulai nasi kandar tak ada guna santan. saya suka rempahnya pekat dan banya sebab baru sedap dibuat gulai tanpa santan.k. tapi kebanyakan kedai nasi kandar sekarang dah jarang sangat saya jumpa kari yang tanpa santan.
oleh kerana saya nak satu resepi gulai mamak rempah tanpa santan..maka saya olahkan 4 jenis rempah kari didalam gulai seafood ini...memang ternyata ada keajaibannya pada rasanya....yang sangat sangat sangat sedap...tak pernah lagi saya jumpa gulai sesedap ini.... nak rasa? cuba lah masak resepi saya ini!!!!!
KARI SEAFOOD
saya guna rempah kari ikan, rempah kari daging ayam, rempah kurma dan rempah sup dan serbuk cili. Brand ALAGAPPA semuanya disatukan dan dibancuh pekat.( mesti guna minyak yang banyak untuk menumis sebab kalau tidak rempah tak betul2 masak.!! (masa memasak ialah 1 jam-gunakan api yg sederhana dah renih 25 minit dengan menggunakan api yang perlahan sekali)
setiap jenis rempah saya guna 1/3 dari bungkusan besar cuma rempah sup je 1/4 dari bungkusan besar. ditumis dengan daun kari 6 tangkai, bunga lawang, kulit kayu manis,biji pelaga, bunga cengkih dan lada hitam juga 10 bawang merah, 7 biji bawang putih dan halia 2 inci yang dikisar halus. bila rempah dah masak...tambahkan air 1 cawan sahaja.-dikacau kacau. (pastikan rempah benar2 masak dan telah bertukar menjadi merah keperangan)- masa untuk tumisan ialah 10 minit.
bila dah mendidih saya campur ketam, udang besar dan sotong.dimasak dengan api yang sederhana dan bila telah dicampur kesemuanya...harus direnih dengan api yg perlahan selama 25 minit.sentiasa kacau,
bila dah masak kena tukar ke periok yang baru. dan bila nak panaskan keesokkannya tolong tambahkan air 1/2 cawan.
cuba bayangkan betapa sedap dan nikmatnya bila 3 jenis seafood ini mengeluarkan airnya dan disebatikan dengan rempah yang pekat , dan dihasilkan dari rempah ratus yang berpuluh jenis....sedapnya tak terkata lg...ada rasa udang , ada rasa ketam dan ada rasa sotong.
belanjanya? pagi tadi saya ke pasar beli ketam besar 2 ekor, sotong 10 ekor dan udang besar 5 ekor. 3 jenis nie berharga RM42.rempah2 lebih kurang RM5. saya tak guna santan untuk kari ini...memang rempah semata mata.
cara buatnya sama macam kita buat kari.cuma yang ni guna rempah banyak. masak rempahnya biar lama dalam 10-15 minit.kacau selalu.biar sampai bertukar jadi warna merah dan pecah minyak. dah pecah minyak masukkan air satu cawan saja.
pastu masukkan ketam...masukkan sotong dan udang. masukkan garam gula ajinomoto dan satu camca besar air asam jawa..kacau lagi dan lg..sebab takut rempah hangit. rasa sedapnya..kalau kurang apa apa tambah...gerenti sedapppp...cuba lah resepi khas saya ini...tak rugie..!!! sebab makan nasi berpinggan lah jawabnya...buat semata nie je..tak perlu masak lauk lain lagi dah...semestinya anda tak pernah jumpa dan rasa lagi resepi ini...maka cubalah masak sekali....mesti nak berkali kali ..lagi!!
( kuahnya sedap sangat2 kalau dicicah dengan roti jala). 

RESEPI ASAL : Ida Shahida

Share this post
Repost0
To be informed of the latest articles, subscribe:
Comment on this post

Nony shahimi 08/10/2020 18:32

Izinkan saya share ya puan..tq