JOM KONGSI-KONGSI RESEPI
May 10 2020
Bahan2:
15 biji telur gred A
750 gm mentega
100 gm gula
375gm tpg gandum
200 gm horlick
100 gm milo
50 gm serbuk koko
1/2 tin susu pekat(dr tin tinggi)
1 tin serikaya tinggi(300gm)
2 sudu ovelet
Pes pandan
Pewarna hijau kuning merah coklat &browning sugar.
Peratan yg di sediakan:
Loyang 9 inci
3 kontena transparent(dlm gambar)
Cara2 membuat:
1.Dlm mgkuk pertama pukul telur dan gula.sampai kembang
2.Dlm mgkuk kedua pukul butter susu dan srikaya sampai lembut.
3.Ambil adunan butter masukkan dlm adunan telur...pukul sebentar.
4.Masukkan bhn2 lain spt tpg gandum,horlick,ovelet..KECUALI MILO &KOKO .pukul lagi sampai adunan gebu dan cantik.
5.Ambil 1800 gm adunan yg ori dan masukkan milo,koko,pewarna coklat&browning sugar..Ambil selebihnya adunan dan masukkan ke dlm ke tiga2 kontena spt dlm gambar.(lihat contoh kontena)jgn terlalu penuh..tggl suku kontena utk memudahkan kek naik masak dgn bagus..letak satu satu pewarna untuk setiap kontena tersebut..warna hendak lh terang sedikit..sbb jika warna kurang corak kek x menyerlah sbb background kek warna coklat gelap.
MERAH-WARNA MERAH
KUNING-WARNA KUNING
HIJAU-WARNA HIJAU&PES PANDAN
ADUNAN ORI-LETAK KOKO,MILO,PEWARNA COKLAT&BROWNING SUGAR
Cara melapis:
Bahagian pertama:
A.Panaskan pengukus..Kukus ke tiga2 warna tersebut selama 1/2 jam..keluarkan dr kontena biar sejuk sekejap dan boleh lah di potong segiempat2...jgn terlalu besar jgn terlalu kecik.
Bahagian kedua:
B.1..Sediakan loyang 9".Ambil 3 senduk adunan rata2kan dan tabur kek2 yg telah di potong2 tadik(lihat contoh gambar).Tabur sedang2 dan kukus dlm setengah jam..jika setengah jam blum masak boleh tambah 10 minit lagi.
2.setelah lapisan pertama masak...ambil lagi 3 senduk tabur2kan lagi kek yg di potong..kukus.
3.Begitu lah seterusnya..Buat lah sampai habis..Dan di atas sekali kalau nk taburkan kek boleh tak taburkan pun boleh...sebaik nya selepas lapisan terakhir..tambah 1 jam lagi masa utk mengukus secara keseluruhan.
✍ada resipi kek ini yg mggunakan coklat.sy tukar kan kpd penambahan milo&koko.sbb rasa muak dgn coklat😁
✍boleh guna telur B asal ovelet stay 2 sudu mkn
✍takde browning sugar tkpa..boleh pekat kan lagi warna coklat
kredit : nur caszarina