750 grammes
All our cooking blogs Edit post Follow this blog Administration + Create my blog
kongsi-resepi.over-blog.com

kongsi-resepi.over-blog.com

JOM KONGSI-KONGSI RESEPI

RESEPI DAGING BAKAR HARIMAU MENANGIS 

Bahan

2 kilo daging dipotong kecik atau suka hati tak kisah bahagian mana
5 sudu besar sos cili maggi
5 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos black pepper
6 sudu besar sos ikan/ kalau takde ganti ngan kicap biasa
1 1/2 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu gula
1 sudu kecil garam tak perlu banyak
1/2 cawan minyak masak

caranya
campur kesemua bahan diatas kecuali minyak masak dlm 30 minit
kemudian baru tuang minyak masak dan gaul sebati dan perap lagi dlam 2 jam
sedia utk dibakar
(#tujuan letak minyak masak utk bagi daging lembut n juicy)

bahan utk sos cili ala thai (hat ni resepi dr resepi viral tu) sos ni tak manis sangat tau ..masam2 manis pedas menyengat..

segenggam asam jawa*
1 cawan air suam* - campur keduanya hanya ambil air asam jawanya sahaja
3 sudu sos ikan
1 biji limau nipis
1 keping gula melaka ditumbuk halus
10 biji cili api tumbuk halus nak pedas boleh tambah lagi
8 biji bawang merah kecik dihiris nipis
beras di sangrai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
daun ketumbar dipotong halus
garam

caranya
air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api tumbuk, bawang merah, beras tumbuk dan daun ketumbar dicampur bersama dalam satu bekas, dan tambah sedikit air masak jika adunan nampak terlalu pekat... dan perah limau nipis ...perasakan dgn sedikit garam.

Kredit : Anisah Connie 

Share this post
Repost0
To be informed of the latest articles, subscribe:

Comment on this post